Oct 2, 2013

persiapan TUNANG : #2 menDIY veil

Hollla~~~ fuhh penat tawaf jln TAR siang td..arini NSZ cari bahan2 nak DIY veil..setelah berbincang dengan mak NSZ, kami berpendapat nk buat veil warna purple & border lace warna biru..
 
Veil tu bukan lifting the veil tau..eh eh masuk pulak company law dalam cerita ni..hihih ok abaikan..jom NSZ nak share cara2 nak DIY veil.  Veil yang simple tapi boleh diguna pakai untuk pergi dinner ke pape occasion.. hihihi . caranya senang je..jom try..


veil yang NSZ buat ni bentuk halfmoon tau~~ nilah gambaran bentuk halfmoon tuk sesapa yang tak tahu..

bahan bahan yang perlu disediakan:
1. kain chiffon
    *bidang 60' = 1.5 meter
untuk pilihan kain, NSZ lagi suka kain chiffon dari kain net. sebab kain net macam keras tapi kalau pakai chiffon, kain dia lembut dan nampak flowy.. sangat cantik! 
 

2. border lace


border lace ni kalau korang pandai cari boleh dapat harga murah around RM10 semeter & ada yang lagi murah, tapi design dye tak berapa cantik lar.. so yang NSZ jumpa RM33.90 semeter..
3. beads

Disebabkan border lace tu macam kosong, NSZ beli beads tuk touch up tapi tak dak pulak beads warna biru so NSZ beli beads purple & putih..tapiiiiii sepupu NSZ bagi beads warna biru & purple yg saiz kecik..thanks kaklong..tuk pengetahuan semua sepupu NSZ ni ada butik bridal & dye jugak makeup artis..dye lar banyak bg tips untuk siapkan veil ni..


cara cara nak buat veil..
1. buat template sendiri, lukis bentuk halfmoon pada kertas macam dalam gambar kat atas tu. 
2. then, potong kain tadi ikut template tu.. kain chiffon ni lembut sangat so agak mencabar jugak nak potong, kain chiffon ni berbulu2 kalau potong tak kene gaya..so hati2 ye..
3. lepas tu, korang hantar kain yang dah dipotong kemas kemas tu ke kedai jahit berhampiran untuk jahit tepi..kalau boleh mintak dye jahit tepi yang paling halus tau..
4. lepas da jahit tepi, korang amik border lace dan jahitkan kemas2 di sekeliling veil tu..
part ni ikut kreativiti korang.. NSZ pun amek contoh veil kat bridal kaklong tapi boleh lar nak share tips yang NSZ dapat..
untuk nak nampakkan veil tu flowy, korang hanya perlu letak border lace dekat bahagian kepala sikit dan bahagian hujung bawah veil tu.. nanti veil korang akan berat & nampak flowy..baru cantik! dan korang jangan lupa nak touch up ngan beads tau..mesti lagi cantik! 
5. Dah siap!! 
*kalau korang tak reti potong, korang hantar je kain tu g kedai jahit untuk dia buat step nombor 1 dan 2 tu berserta jahit tepi..NSZ pun mintak tolong tailor kaklong buatkan..termasuklah border lace..dye jahit guna mesin sulam, so kemas sangat just byr r upah sikit dalam RM30..
Selamat mencuba!!

Oct 1, 2013

persiapan TUNANG : #1 Tarikh & Tema

NSZ nak review sikit persiapan nk tunang ni..NSZ tak dak pengalaman kakak atau abang..almaklum lah NSZ anak sulong..tp serba sikit tau lar, sebab NSZ ada tolong cazen2 yang tunang & kawen..hehehe
Time merisik day tu MSj ada cakap nak bertunang bulan 11..NSZ sangat lah setuju..kenapa? almaklumlah bulan 11 tu kan bulan tuk NSZ..so we'all decide nak buat 30 Nov..alang2 sambut bday NSZ skali..then bile kteorg check balik tarikh tu belah MSJ xboleh..sbb cazen dorg kawen..dari satu tarikh ke satu tarikh kiteorang tunda..So we decided for engagement on December 2013..



NSZ prepare sikit-sikit b4 sampai on that day...xnak kelam kabut.. first thing yg NSZ buat ialah pilih warna tema..NSZ memilih purple biru..kain pun pilih dari yang banyak2 beli time kat bandung haritu..sbbnye xnak membazir..then NSZ pergi tempah baju kat tailor..design baju amatlah simple..

Meh nk bg gambaran warna purple biru ni...sebab ramai yang xdapat bayangkan macam mane ghupanya..baju ni NSZ beli kt bandung aritu..sebenarnya tak plan pun nak buat untuk tunang..so gunakan je r kain yang banyak2 aritu..

taraaaaa simplekn baju ni..tak payah nak cari border lace & manik lagi dah :)


My First Step ~12.08.2013~ Adat Merisik

Agak lama jugak tak update blog ni..lately ni NSZ busy lar..sekarang tengah cuti semester & jom kumpul idea untuk update blog..!

Perkahwinan adalah salah satu impian untuk semua perempuan terutama yang dah ada kekasih hati..betul tak? Dipendekkan cerita, during raya kalau tak silap 12 aug.. NSZ telah pun dirisik oleh MSJ.. merisik ni lebih kurang booking lar kalau istilah orang puteh..hihi if kita dah dirisik oleh pihak lelaki,orang lain tak boleh datang pinang yer..so NSZ telah di cop oleh MSJ..Kiteorg dah berkawan lebih kurang 2 tahun.. Perasaan tu hanya Allah je tau macam mane..

Perkara yang dibincangkan dalam merisik:

1) pengenalan keluarga lelaki dan perempuan
2) pengenalan anak lelaki dan perempuan
3) menyatakan hasrat merisik
4) Persefahaman antara kedua-dua belah pihak
5) Menerima atau menolak hasrat pihak lelaki
 
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..oh lupa plak MSJ siap bg ole-ole dari hatyai untuk mak,ayah & adik-adik..nak amek hati dorang r tu? hehehe So after that, we decide nk wat preparation for next stage... iaitu TUNANG..bile? tunggu next update yer :)

p/s: time ni xdak picture pun..almaklumlah tgh gementar..hu~~~

engagement BFF

Congratulation to my beloved friend, Nur Afiqah bt Zainul Abidin!
 
Selamat menjadi tunangan orang..Jangan nakal-nakal, dengar cakap bakal suami tu yer..majlis dia berlangsung di Kedah.. So seminggu jugaklah aku berkampung disana..lagipun kampung dia dekat je ngan kampung aku..dalam 15 minit je dah sampai kampung aku..hehehe kami ni berkawan dari tingkatan 4 then around tingkatan 5 baru dapat tau yang ayah kami satu kampung & juga satu sekolah.. ok back to our topic.. congrats dear..i'm happy for you..jom preview picture time majlis..





May 31, 2013

tips ke BANDUNG..!

Entri percutian kalini pasti meleret-leretkan. Biasanya akan ada part by part. okay kalini NSZ nk share tips-tips dan checklist before korang nak pergi ke Bandung.

Tips ke Bandung
  • Boarding Pass
    - mana nak dapat? korang kena lah check-in dulu..hehe sekarang dah senang korang boleh check-in 2 weeks before date korang nak fly tu..tapi NSZ & kawan-kawan check-in kat Self Check-in Kiosk. Sebab rasa macam tak selamat je check-in awal-awal. hehehe


  • Passport
    - ni merupakan kali pertama NSZ keluar bercuti dari Malaysia. So dengan semangatnya NSZ beli passport holder kat IKEA sebulan ke 2 bulan sebelum buat passport..hahahaha semangat kan? 


  • Hotel Receipt / Invoice
    - yang ini kalau u'olls booking hotel guna agoda ke booking.com or asiaroom..NSZ booking hotel via AGODA je..nak tau NSZ stay hotel mana..tunggu di next entry yer~~

  • Supir
    - mula-mula kiteorang nak redah je..konon-konon xnak pakai supir..last2 bler kat sana kiteorang berpakat untuk guna khidmat supir..senang mahu bergerak kemana je yang kiteorang nak pergi..hihihi
  • RM tukar Rupiah
    -Yang ini sangatlah penting..yelah tanpa wang macam mana nak shopping dengan senang hati..mula-mula aku survey money changer dekat Jalan TAR.. time survey tu ada dua kedai yang rate dia murah..then aku dew jugak survey kat Giant Taman Permata..orang cakap situ pun murah..then aku decide untuk tukar dekat Giant je sebabnya dekat dengan rumah,then aku xyah susah-susah nak hadap jalan jammed kat KL tu..
NSZ kayo oooooo

macam duit raya pulak..lupa nak cakap korg jgn lupa split kan duit korang..letak kat banyak-banyak tempat tau..kalau pape jadi xdak r menyesal sangat nanti..sekadar peringatan~~
  • Activate ATM Card
    - Yang ni pun penting tau u'olls, mana lah tau duit yang u'olls bawak tu tak cukup..nanti u'olls boleh withdraw je kat sana.. kalau yang pakai CIMB Bank tu u'olls boleh activekan kt CIMB Clicks je..kalau MAYBANK pulak u'olls boeh activekan kat ATM Machine..Senangkan..so apa tunggu lagi..
  • Table Rate
    - Nanti kat sana time u'olls shopping tu mesti pening nak convert duit malaysiakan..apa kata u'olls prepare table rate senang sikit nak buat rujukan..tapi kalau hp u'oll dah ade converter xpyh bwk table rate pun xpe..bagi NSZ better bawak table rate..kenapa erk? sebabnya nanti time korang sibuk2 nk shopping nanti sibuk nk tekan calculator lar then handphone canggih korang lah..notepad lagi..ha senang kalau table rate u'olls tu, u'olls tulis dalam notepad je..lebih gampang mudahkan.

  • Roaming / SimCard Baru
    - Yang ni NSZ just beli simcard je kat sana..mintak yang ada internet..senang nk whatapps dengan family, MSJ & juga kawan-kawan yang kirim..NSZ beli simcard XL (mentang2lah NSZ berisi) dengan harga IDR 50,000 plus dengan pulsa IDR 10,000 (kat sana dorang panggil pulsa)..murah jugak kalau buat panggilan ke Malaysia..NSZ guna IDR 10,000 je selama berada kat sana..jimatkan? kalau nak call Malaysia just dial 010100060 diikuti nombor boyfriend masing2..hehehehe contohnya 010100060123456789..
  • Luggage Extra
    -Kalau korang ni kaki shopping macam NSZ, better korang bawaklah beg lebih.kalau korang nak beli kat sana pun boleh. Murah jugak dalam IDR 50,000..kalau duit Malaysia dalam RM15 je..
  • Calculator/notepad/pen
    - Sangat PENTING yang ini..nampak tak NSZ siap besarkan lagi..macam-macam korang nak tulis nanti..serius tak tipu punya..hehehehe
  • Airport Tax
    - Lepas korang dah tukar duit tu, korang jangan lupa asingkan duit airport tax ni..nanti korang tak lepas balik Malaysia pulak..ala tak dak lah mahal sangat IDR 75,000 je..Bila convert balik dalam RM25 je..nanti korang kena bayar dalam Rupiah yer..
  • Socket Adapter
    - Socket ni memang lah wajib..sebabnya lain negara lain socketnye..tapi hotel yang kami duduk tu ada jugak plug sama macam Malaysia..al-maklumlah orang Malaysia ni suka shopping..kan ? kan ?

    see u'olls di next entry..NSZ nak story macam mana keadaan kat sana~~

May 29, 2013

Chocolate Lava Cake for MSJ

Arini 29 May 2013..kenapa erk dengan tarikh tu? hurmmmm esok adalah birthday MSJ yang ke teeetttt..arini aku plan nak buat coklat lava cake..kononnya nak suprisekan MSJ lah..

Google punya google jumpa lah resepi ni..aku pun terus menyelongkar dapur mencari bahan-bahan untuk buat cake ni..meh nak share resepi sikit..

Bahan-bahan:
1) 5 sudu besar unsalted butter
2) 1 sudu besar serbuk koko yang telah di ayak (hersey's)
3) 3 sudu besar tepung gandum juga telah di ayak (sy pki tepung blue key warna oren)
4) 4 sudu besar gula pasir (gula castor pun bole)
5) 2 biji telur dan 1 biji telung kuning sahaja
6) 1 cawan dark coklat (saya guna brand beryl's gourmet)
7) 1 penutup esen vanilla
8) secubit garam

bila cari-cari bahan, coklat gourmet & esen vanilla dah habis..so tunggu apa lagi..bangun pagi-pagi then terus g kedai bakery untuk cukupkan bahan semua diatas..dan tidak lupa juga untuk membeli kotak..tara~~~

dah jom kita tengok proses membuat coklat lava cake..

Cara membuatnya:
1) Masukkan gula kedalam telur & pukul sampai gula tu hancur..gune whisker pun boleh
2) Campurkan dark coklat dengan unsalted butter kemudian cairkan dengan kaedah double boiler
3) Kemudian, campurkan coklat yang telah dicairkan tadi kedalam adunan telur, kacau hingga sebati menggunakan spatula/ whisker
4) Bila sudah sebati, masukkan esen vanila dan secubit garam. gaul lagi
5) Kemudian masukkan serbuk koko yang telah diayak
6) masukkan juga tepung gandum yang telah diayak,,gaul sehingga sebati..
7) Kemudian masukkan adunan kedalam acuan yang telah digrisskan
8) Simpan sekejap kedalam peti ais selama 30 minit..kalau nak jimatkan masa boleh masukkan kedalam freezer 5 minit je..
9) Sebelum dibakar, sila panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius..masukkan acuan kedalam loyang yang berisi AIR PANAS.. bila oven dah panas masukkan adunan kedalamnya
10) bakar selama 15-18 minit sahaja..jangan lebih2 yer..nanti tak jadi lava ditengahnya pulak..
11) Bila kek dah siap dibakar..keluarkan ia dari loyang dan lekangkan kek td dengan menggunakan pisau


12) Hiaskan kek tadi mengikut citarasa nada..di sebabkan saya buat untuk suprisekan MSJ..saya masukkan kedalam kotak yang telah dibeli tadi


 tara~~~ inilah hasilnya..nampak menyelerakan tak?



Feb 12, 2013

Safi Rania Gold vs Safi Balqis Perfect10

Hi~~

Harini NSZ nak share pasal produk Safi Balqis Perfect10 dulu..Ramai jugak yang tanya produk ape yang NSZ pakai..tabita? marykay? salah sebenarnya..NSZ hanya menggunakan Safi Balqis je.. Safi Balqis ni sesuai untuk remaja..tp NSZ pakai sejak umur 21 tahun..dah 2 tahun jugak lar..hasilnya sangat memberansangkan..& now dah 24 oh no! NSZ saje je nak bertukar ke Safi Rania Gold..dulu bile orang sebut Rania mesti NSZ ingat untuk orang tua je..tapi silap tu..kita yang muda remaja ni lah patut jaga kecantikan kulit..betul tak? Produk ni sesuai untuk gadis yang berumur 25 and above..

Bila dah baca review blogger and kawan-kawan..NSZ pun bertukar lah ke Rania Gold..semua produk Safi Balqis NSZ bagi kat adik perempuan NSZ..then NSZ pun dengan semangatnya ajak mak & ayah pergi carefour @ AEON Big tuk beli balance Safi Rania yang tak cukup..kenapa tak cukup? sebenarnya NSZ rembat mak NSZ punya..hihihi sebab dye jarang pakai..susah nak sembahyang katanya..meh nak share Cara NSZ pakai ikut turutan..

Waktu Siang:
1. Facial Cream Cleanser
2. Toner
3. Serum
4. Moisturising Day Cream
5. Beauty Cream

Waktu Malam:
1. Facial Cleansing Gel
2. Facial Scrub (Selang sehari)
3. Toner
4. Moisturising Night Cream

NSZ xpakai Eye Contour Cream & Moisturising Facial Cleanser..Jumpa di next entry yer..nanti NSZ review Safi Rania Gold ni yer..

Feb 5, 2013

.c'est ma vie.

Tak paham? itulah bahasa perancis..pandai ke? Tak pandai sangat tapi tau lah basic-basic je..meh nk story sikit kalau ada  yang baca

Kat MMU ni kena amek foreign language. so NSZ & kawan-kawan decide untuk amek French for Beginner. pengalaman dalam kelas french ni macam2 ada. siap ada presentation dalam bahasa french okay? berbelit-belit lidah nk sebut. btw group lecturer yang tentukan & alhamdulilah NSZ dapat teammate yang sangat best! (y) Final paper untuk subjek ni dah lepas aritu 29 Januari 2013. eh dah masuk tahun 2013 erk. cepat je masa berlalu. Ok back to main topic. Ala saje je nak share essay yang NSZ & Inn pikir, olah sana, olah sini dan inilah hasilnya. Nak baca tak? kalautaknakacaclosejetabni Ada 2 essay yan kami buat. First topic 'about my self' & secong topic 'my family'. kedua-dua essay ni NSZ hafal untuk final. Alhamdulillah kedua-dua topic ni keluar..so ape lagi laju je NSZ mengarang essay dalam french. padahalhafal okok NSZ post essay tu erk. bacajangantakbaca
C'est Ma Vie
Salut! Je m'appelle Nurul Syazwani. J'ai vingt-trois ans. Mon anniversaire est le 30 novembre. Je suis malaisienne. Je vais malaisie. J'habite a Wangsa Maju en Kuala Lumpur. J'habite dans une maison. J'ai une maison orange. J'ai une voiture rose.
Je suis etudiante. J'etudie a l'universite multimedia. J'aime les mathematiques. Je veux comptable. Je parle anglais, italienne et francais.
J'ai les cheveux longs et noirs. J'ai les yeux bruns. Je suis impatiente gentille et elegante.
Ma couleur preferee est le rose et le violette. J'aime la lecture, le shopping et les voyages. Je veux aller a Paris et Bandung. Je vais au cinema avec mon petit ami tous les lundis.
Je suissportive.J'adore le sport. Je jouer au tennis et au badminton. J'aime jouer piano mais je ne joue pas bien.
J'aime manger. Je preferee la cuisine francaise. Je preferee des fruit frais et une salade.
Ma meilleur ami s'appelle Sheena. Elle a vingt-trois ans. Elle a tres bavarde. Elle parle anglais et ittalienne.

Ok done about my self..next is my family~ nnt NSZ share kt next entry yer..

Jan 3, 2013

.dua ribu tiga belas.

Assalamualaikum readers, eh ada readers ke aku ni?

Sedar tak sedar dah pun masuk tahun 2013, sekejapkan masa berlalu..dan tahun ni umoku meningkat lagi satu angka.. oh no!! terasa tua gitu..al-maklumlah kawan2 banyak yang dah dirisik oleh pasangan masing2, ada yang dah bertunang, berkahwin, bakal menimang cahaya mata & dah ada anak pun..jadi ibu & bapa muda tau kawan2 aku ni..seronok dengar cerita2 dari dorang..aku? hurmm lambat lagi..selagi tak habis belajar tak daknya aku nak kawin..hehe btw next year maybe ada berita gembira from MSJ family..insyaAllah..doakan aku yer kawan-kawan! okay back to new year story..this year aku tak celebrate pun new year..al-maklumlah sem ni jadual aku sangat padat..exam exam & exam.. Alhamdulillah azam 2012 semua terlaksana kecuali diet! yup aku memang susah nak disiplin bab tu..jom carry azam tu ke tahun 2013..

buat MSJ & all readers moh ler layan lagu terbaru dari Fazley Yaacob ni..best wooo

Maaf ku mencintaimu - Fazley Yaacob

Maaf
Jika ku terlalu selesa
Maafkanlah jika tak mampu berpisah

Telahku cuba, terseksa, tak terdaya, terasa
Bukan memaksa
Bukan juga ku meminta

Maaf
Jika cintaku takkan mati
Maafkanlah jika aku takkan pergi
Takku mampu berhenti
Takku izin simpati
Hanya mengerti
Hanya kau utuh dihati

Andai bisa ku ingin jadi air mata
Terbit di mata matiku di bibir
Walau cuma seketika
Bersamanya
Namun hingga hujung nyawaku
mencintainya

Maaf
Jika ku semakin setia
Maafkanlah
Jika kau takkan ku lupa
Telah ku pinta, biarlah
Tak berubah hatinya
Maafkan kerana
Benar ku amat cintai



p/s: the chance to love and be loved exists no matter who you are.. i love u so much Mohd Syawal bin Jamalus
Copyright© All Rights Reserved diaryoflulubellewany.blogspot.com