Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

May 29, 2013

Chocolate Lava Cake for MSJ

Arini 29 May 2013..kenapa erk dengan tarikh tu? hurmmmm esok adalah birthday MSJ yang ke teeetttt..arini aku plan nak buat coklat lava cake..kononnya nak suprisekan MSJ lah..

Google punya google jumpa lah resepi ni..aku pun terus menyelongkar dapur mencari bahan-bahan untuk buat cake ni..meh nak share resepi sikit..

Bahan-bahan:
1) 5 sudu besar unsalted butter
2) 1 sudu besar serbuk koko yang telah di ayak (hersey's)
3) 3 sudu besar tepung gandum juga telah di ayak (sy pki tepung blue key warna oren)
4) 4 sudu besar gula pasir (gula castor pun bole)
5) 2 biji telur dan 1 biji telung kuning sahaja
6) 1 cawan dark coklat (saya guna brand beryl's gourmet)
7) 1 penutup esen vanilla
8) secubit garam

bila cari-cari bahan, coklat gourmet & esen vanilla dah habis..so tunggu apa lagi..bangun pagi-pagi then terus g kedai bakery untuk cukupkan bahan semua diatas..dan tidak lupa juga untuk membeli kotak..tara~~~

dah jom kita tengok proses membuat coklat lava cake..

Cara membuatnya:
1) Masukkan gula kedalam telur & pukul sampai gula tu hancur..gune whisker pun boleh
2) Campurkan dark coklat dengan unsalted butter kemudian cairkan dengan kaedah double boiler
3) Kemudian, campurkan coklat yang telah dicairkan tadi kedalam adunan telur, kacau hingga sebati menggunakan spatula/ whisker
4) Bila sudah sebati, masukkan esen vanila dan secubit garam. gaul lagi
5) Kemudian masukkan serbuk koko yang telah diayak
6) masukkan juga tepung gandum yang telah diayak,,gaul sehingga sebati..
7) Kemudian masukkan adunan kedalam acuan yang telah digrisskan
8) Simpan sekejap kedalam peti ais selama 30 minit..kalau nak jimatkan masa boleh masukkan kedalam freezer 5 minit je..
9) Sebelum dibakar, sila panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius..masukkan acuan kedalam loyang yang berisi AIR PANAS.. bila oven dah panas masukkan adunan kedalamnya
10) bakar selama 15-18 minit sahaja..jangan lebih2 yer..nanti tak jadi lava ditengahnya pulak..
11) Bila kek dah siap dibakar..keluarkan ia dari loyang dan lekangkan kek td dengan menggunakan pisau


12) Hiaskan kek tadi mengikut citarasa nada..di sebabkan saya buat untuk suprisekan MSJ..saya masukkan kedalam kotak yang telah dibeli tadi


 tara~~~ inilah hasilnya..nampak menyelerakan tak?



Jul 24, 2012

#1 Ramadhan

okay abaikan dulu entry pasal Langkawi..jom kita bercerita pasal bulan ramadhan..Alhamdulillah jumpa lagi kita pada bulan yang mulia..pada bulan ni lah sumeorang berlumba2 nak mengerjakan ibadah..termasuklah saya..alhamdulillah..harap ianya berkekalan..amin~~~

Tahun ni dapat cuti seminggu..so ada masa seminggu untuk buka puasa with family but my sister xbalik..dye balik seminggu before raya..menu buka puasa??hurmm yang tinggal kt rumah pun hanyalah 4 orang, so tak dak r masak sgt pun.. 1st & 2nd day puasa ayah pergi masak tuk orang berbuka kt surau..jadi menu berbuka pun lauk yang sama..hahaha jimatkan..tp aku ada tambah2 side dishes..1st day tu, aku masak lempeng + sambal tumis ikan bilis..nyum2 sampai xcukup..nk menu?? ala senang je..ookaay lar jap ag ak bg menu tuk korang..2nd day puasa aku masak ape erk??ohh baru teringat yang aku mintak resepi Sambal Ayam Penyet dari DIYANA AMIN..bole thn gak sdp..okay next time bole buat lg..alollolo nak menu yer..okay2 aku stop bebel..pergi lar amek pen n kertas..salin ape aku tulis..sbb korang xleh copy & paste je..hahahaha (gelak jahat)

Menu 1

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-bahan
  • Ikan bilis goreng
  • Cili kering kisar / Cili boh
  • Bawang besar
  • asam keping
Cara-cara:
  1. Tumiskan bawang besar sehingga naik bau
  2. Masukkan cili kering yang telah di kisar
  3. Tumiskan sehingga keluar minyak..then masukkan sedikit air (jika perlu)
  4. Masukkan garam & asam keping
  5. Tumiskan lagi sehingga cili tadi benar2 masak.
  6. Siap dihidang bersama ikan bilis goreng.
LEMPENG

Bahan-bahan:
  • Tepung gandum
  • 1 tsp Soda Bikarbornat
  • 1 tsp Baking powder
  • Secubit garam
  • Air
Cara-cara:
  1. Campurkan kesemua bahan tadi (kecuali air)
  2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit
  3. Kacau sehingga sebati (klu korang malas masukkan je dalam blender)
  4. Sediakan pan..then putarkan kedalam pan td..masak sehingga garing..
  5. Kemudian siap!!
Hidangkan lempeng tadi bersama sambal tumis td..sorry lar xdak gambar sbb masak ni pun dah nk dekat pukul 7..hehehe enjoy ^_^
Copyright© All Rights Reserved diaryoflulubellewany.blogspot.com