Hollla~~~ fuhh penat tawaf jln TAR siang td..arini NSZ cari bahan2 nak DIY veil..setelah berbincang dengan mak NSZ, kami berpendapat nk buat veil warna purple & border lace warna biru..
Veil tu bukan lifting the veil tau..eh eh masuk pulak company law dalam cerita ni..hihih ok abaikan..jom NSZ nak share cara2 nak DIY veil. Veil yang simple tapi boleh diguna pakai untuk pergi dinner ke pape occasion.. hihihi . caranya senang je..jom try..
veil yang NSZ buat ni bentuk halfmoon tau~~ nilah gambaran bentuk halfmoon tuk sesapa yang tak tahu..
veil yang NSZ buat ni bentuk halfmoon tau~~ nilah gambaran bentuk halfmoon tuk sesapa yang tak tahu..
bahan bahan yang perlu disediakan:
1. kain chiffon
*bidang 60' = 1.5 meter
untuk pilihan kain, NSZ lagi suka kain chiffon dari kain net. sebab kain net macam keras tapi kalau pakai chiffon, kain dia lembut dan nampak flowy.. sangat cantik!
2. border lace
border
lace ni kalau korang pandai cari boleh dapat harga murah around
RM10 semeter & ada yang lagi murah, tapi design dye tak berapa cantik lar.. so yang NSZ jumpa RM33.90 semeter..
Disebabkan border lace tu macam kosong, NSZ beli beads tuk touch up tapi tak dak pulak beads warna biru so NSZ beli beads purple & putih..tapiiiiii sepupu NSZ bagi beads warna biru & purple yg saiz kecik..thanks kaklong..tuk pengetahuan semua sepupu NSZ ni ada butik bridal & dye jugak makeup artis..dye lar banyak bg tips untuk siapkan veil ni..
cara cara nak buat veil..
1. buat template sendiri, lukis bentuk halfmoon pada kertas macam dalam gambar kat atas tu.
2.
then, potong kain tadi ikut template tu.. kain chiffon ni lembut sangat so agak mencabar jugak nak potong, kain chiffon ni berbulu2 kalau potong tak kene
gaya..so hati2 ye..
3. lepas tu, korang hantar kain yang dah dipotong kemas kemas tu ke kedai jahit berhampiran untuk jahit tepi..kalau boleh mintak dye jahit tepi yang paling halus tau..
3. lepas tu, korang hantar kain yang dah dipotong kemas kemas tu ke kedai jahit berhampiran untuk jahit tepi..kalau boleh mintak dye jahit tepi yang paling halus tau..
4. lepas da jahit tepi, korang amik border lace dan jahitkan kemas2 di
sekeliling veil tu..
part ni ikut kreativiti korang.. NSZ pun amek contoh veil kat bridal kaklong tapi boleh lar nak share tips yang NSZ dapat..
untuk nak nampakkan veil tu flowy, korang hanya perlu letak border lace
dekat bahagian kepala sikit dan bahagian hujung bawah veil tu.. nanti veil korang akan berat & nampak flowy..baru cantik! dan korang jangan lupa nak touch up ngan beads tau..mesti lagi cantik!
5. Dah siap!!
*kalau korang tak reti potong, korang hantar je kain tu g kedai jahit untuk dia
buat step nombor 1 dan 2 tu berserta jahit tepi..NSZ pun mintak tolong tailor kaklong buatkan..termasuklah border lace..dye jahit guna mesin sulam, so kemas sangat just byr r upah sikit dalam RM30..
Selamat mencuba!!
Selamat mencuba!!