Oct 2, 2013

persiapan TUNANG : #2 menDIY veil

Hollla~~~ fuhh penat tawaf jln TAR siang td..arini NSZ cari bahan2 nak DIY veil..setelah berbincang dengan mak NSZ, kami berpendapat nk buat veil warna purple & border lace warna biru..
 
Veil tu bukan lifting the veil tau..eh eh masuk pulak company law dalam cerita ni..hihih ok abaikan..jom NSZ nak share cara2 nak DIY veil.  Veil yang simple tapi boleh diguna pakai untuk pergi dinner ke pape occasion.. hihihi . caranya senang je..jom try..


veil yang NSZ buat ni bentuk halfmoon tau~~ nilah gambaran bentuk halfmoon tuk sesapa yang tak tahu..

bahan bahan yang perlu disediakan:
1. kain chiffon
    *bidang 60' = 1.5 meter
untuk pilihan kain, NSZ lagi suka kain chiffon dari kain net. sebab kain net macam keras tapi kalau pakai chiffon, kain dia lembut dan nampak flowy.. sangat cantik! 
 

2. border lace


border lace ni kalau korang pandai cari boleh dapat harga murah around RM10 semeter & ada yang lagi murah, tapi design dye tak berapa cantik lar.. so yang NSZ jumpa RM33.90 semeter..
3. beads

Disebabkan border lace tu macam kosong, NSZ beli beads tuk touch up tapi tak dak pulak beads warna biru so NSZ beli beads purple & putih..tapiiiiii sepupu NSZ bagi beads warna biru & purple yg saiz kecik..thanks kaklong..tuk pengetahuan semua sepupu NSZ ni ada butik bridal & dye jugak makeup artis..dye lar banyak bg tips untuk siapkan veil ni..


cara cara nak buat veil..
1. buat template sendiri, lukis bentuk halfmoon pada kertas macam dalam gambar kat atas tu. 
2. then, potong kain tadi ikut template tu.. kain chiffon ni lembut sangat so agak mencabar jugak nak potong, kain chiffon ni berbulu2 kalau potong tak kene gaya..so hati2 ye..
3. lepas tu, korang hantar kain yang dah dipotong kemas kemas tu ke kedai jahit berhampiran untuk jahit tepi..kalau boleh mintak dye jahit tepi yang paling halus tau..
4. lepas da jahit tepi, korang amik border lace dan jahitkan kemas2 di sekeliling veil tu..
part ni ikut kreativiti korang.. NSZ pun amek contoh veil kat bridal kaklong tapi boleh lar nak share tips yang NSZ dapat..
untuk nak nampakkan veil tu flowy, korang hanya perlu letak border lace dekat bahagian kepala sikit dan bahagian hujung bawah veil tu.. nanti veil korang akan berat & nampak flowy..baru cantik! dan korang jangan lupa nak touch up ngan beads tau..mesti lagi cantik! 
5. Dah siap!! 
*kalau korang tak reti potong, korang hantar je kain tu g kedai jahit untuk dia buat step nombor 1 dan 2 tu berserta jahit tepi..NSZ pun mintak tolong tailor kaklong buatkan..termasuklah border lace..dye jahit guna mesin sulam, so kemas sangat just byr r upah sikit dalam RM30..
Selamat mencuba!!

Oct 1, 2013

persiapan TUNANG : #1 Tarikh & Tema

NSZ nak review sikit persiapan nk tunang ni..NSZ tak dak pengalaman kakak atau abang..almaklum lah NSZ anak sulong..tp serba sikit tau lar, sebab NSZ ada tolong cazen2 yang tunang & kawen..hehehe
Time merisik day tu MSj ada cakap nak bertunang bulan 11..NSZ sangat lah setuju..kenapa? almaklumlah bulan 11 tu kan bulan tuk NSZ..so we'all decide nak buat 30 Nov..alang2 sambut bday NSZ skali..then bile kteorg check balik tarikh tu belah MSJ xboleh..sbb cazen dorg kawen..dari satu tarikh ke satu tarikh kiteorang tunda..So we decided for engagement on December 2013..



NSZ prepare sikit-sikit b4 sampai on that day...xnak kelam kabut.. first thing yg NSZ buat ialah pilih warna tema..NSZ memilih purple biru..kain pun pilih dari yang banyak2 beli time kat bandung haritu..sbbnye xnak membazir..then NSZ pergi tempah baju kat tailor..design baju amatlah simple..

Meh nk bg gambaran warna purple biru ni...sebab ramai yang xdapat bayangkan macam mane ghupanya..baju ni NSZ beli kt bandung aritu..sebenarnya tak plan pun nak buat untuk tunang..so gunakan je r kain yang banyak2 aritu..

taraaaaa simplekn baju ni..tak payah nak cari border lace & manik lagi dah :)


My First Step ~12.08.2013~ Adat Merisik

Agak lama jugak tak update blog ni..lately ni NSZ busy lar..sekarang tengah cuti semester & jom kumpul idea untuk update blog..!

Perkahwinan adalah salah satu impian untuk semua perempuan terutama yang dah ada kekasih hati..betul tak? Dipendekkan cerita, during raya kalau tak silap 12 aug.. NSZ telah pun dirisik oleh MSJ.. merisik ni lebih kurang booking lar kalau istilah orang puteh..hihi if kita dah dirisik oleh pihak lelaki,orang lain tak boleh datang pinang yer..so NSZ telah di cop oleh MSJ..Kiteorg dah berkawan lebih kurang 2 tahun.. Perasaan tu hanya Allah je tau macam mane..

Perkara yang dibincangkan dalam merisik:

1) pengenalan keluarga lelaki dan perempuan
2) pengenalan anak lelaki dan perempuan
3) menyatakan hasrat merisik
4) Persefahaman antara kedua-dua belah pihak
5) Menerima atau menolak hasrat pihak lelaki
 
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..oh lupa plak MSJ siap bg ole-ole dari hatyai untuk mak,ayah & adik-adik..nak amek hati dorang r tu? hehehe So after that, we decide nk wat preparation for next stage... iaitu TUNANG..bile? tunggu next update yer :)

p/s: time ni xdak picture pun..almaklumlah tgh gementar..hu~~~

engagement BFF

Congratulation to my beloved friend, Nur Afiqah bt Zainul Abidin!
 
Selamat menjadi tunangan orang..Jangan nakal-nakal, dengar cakap bakal suami tu yer..majlis dia berlangsung di Kedah.. So seminggu jugaklah aku berkampung disana..lagipun kampung dia dekat je ngan kampung aku..dalam 15 minit je dah sampai kampung aku..hehehe kami ni berkawan dari tingkatan 4 then around tingkatan 5 baru dapat tau yang ayah kami satu kampung & juga satu sekolah.. ok back to our topic.. congrats dear..i'm happy for you..jom preview picture time majlis..





Copyright© All Rights Reserved diaryoflulubellewany.blogspot.com