May 31, 2013

tips ke BANDUNG..!

Entri percutian kalini pasti meleret-leretkan. Biasanya akan ada part by part. okay kalini NSZ nk share tips-tips dan checklist before korang nak pergi ke Bandung.

Tips ke Bandung
  • Boarding Pass
    - mana nak dapat? korang kena lah check-in dulu..hehe sekarang dah senang korang boleh check-in 2 weeks before date korang nak fly tu..tapi NSZ & kawan-kawan check-in kat Self Check-in Kiosk. Sebab rasa macam tak selamat je check-in awal-awal. hehehe


  • Passport
    - ni merupakan kali pertama NSZ keluar bercuti dari Malaysia. So dengan semangatnya NSZ beli passport holder kat IKEA sebulan ke 2 bulan sebelum buat passport..hahahaha semangat kan? 


  • Hotel Receipt / Invoice
    - yang ini kalau u'olls booking hotel guna agoda ke booking.com or asiaroom..NSZ booking hotel via AGODA je..nak tau NSZ stay hotel mana..tunggu di next entry yer~~

  • Supir
    - mula-mula kiteorang nak redah je..konon-konon xnak pakai supir..last2 bler kat sana kiteorang berpakat untuk guna khidmat supir..senang mahu bergerak kemana je yang kiteorang nak pergi..hihihi
  • RM tukar Rupiah
    -Yang ini sangatlah penting..yelah tanpa wang macam mana nak shopping dengan senang hati..mula-mula aku survey money changer dekat Jalan TAR.. time survey tu ada dua kedai yang rate dia murah..then aku dew jugak survey kat Giant Taman Permata..orang cakap situ pun murah..then aku decide untuk tukar dekat Giant je sebabnya dekat dengan rumah,then aku xyah susah-susah nak hadap jalan jammed kat KL tu..
NSZ kayo oooooo

macam duit raya pulak..lupa nak cakap korg jgn lupa split kan duit korang..letak kat banyak-banyak tempat tau..kalau pape jadi xdak r menyesal sangat nanti..sekadar peringatan~~
  • Activate ATM Card
    - Yang ni pun penting tau u'olls, mana lah tau duit yang u'olls bawak tu tak cukup..nanti u'olls boleh withdraw je kat sana.. kalau yang pakai CIMB Bank tu u'olls boleh activekan kt CIMB Clicks je..kalau MAYBANK pulak u'olls boeh activekan kat ATM Machine..Senangkan..so apa tunggu lagi..
  • Table Rate
    - Nanti kat sana time u'olls shopping tu mesti pening nak convert duit malaysiakan..apa kata u'olls prepare table rate senang sikit nak buat rujukan..tapi kalau hp u'oll dah ade converter xpyh bwk table rate pun xpe..bagi NSZ better bawak table rate..kenapa erk? sebabnya nanti time korang sibuk2 nk shopping nanti sibuk nk tekan calculator lar then handphone canggih korang lah..notepad lagi..ha senang kalau table rate u'olls tu, u'olls tulis dalam notepad je..lebih gampang mudahkan.

  • Roaming / SimCard Baru
    - Yang ni NSZ just beli simcard je kat sana..mintak yang ada internet..senang nk whatapps dengan family, MSJ & juga kawan-kawan yang kirim..NSZ beli simcard XL (mentang2lah NSZ berisi) dengan harga IDR 50,000 plus dengan pulsa IDR 10,000 (kat sana dorang panggil pulsa)..murah jugak kalau buat panggilan ke Malaysia..NSZ guna IDR 10,000 je selama berada kat sana..jimatkan? kalau nak call Malaysia just dial 010100060 diikuti nombor boyfriend masing2..hehehehe contohnya 010100060123456789..
  • Luggage Extra
    -Kalau korang ni kaki shopping macam NSZ, better korang bawaklah beg lebih.kalau korang nak beli kat sana pun boleh. Murah jugak dalam IDR 50,000..kalau duit Malaysia dalam RM15 je..
  • Calculator/notepad/pen
    - Sangat PENTING yang ini..nampak tak NSZ siap besarkan lagi..macam-macam korang nak tulis nanti..serius tak tipu punya..hehehehe
  • Airport Tax
    - Lepas korang dah tukar duit tu, korang jangan lupa asingkan duit airport tax ni..nanti korang tak lepas balik Malaysia pulak..ala tak dak lah mahal sangat IDR 75,000 je..Bila convert balik dalam RM25 je..nanti korang kena bayar dalam Rupiah yer..
  • Socket Adapter
    - Socket ni memang lah wajib..sebabnya lain negara lain socketnye..tapi hotel yang kami duduk tu ada jugak plug sama macam Malaysia..al-maklumlah orang Malaysia ni suka shopping..kan ? kan ?

    see u'olls di next entry..NSZ nak story macam mana keadaan kat sana~~

No comments:

Copyright© All Rights Reserved diaryoflulubellewany.blogspot.com