May 29, 2013

Chocolate Lava Cake for MSJ

Arini 29 May 2013..kenapa erk dengan tarikh tu? hurmmmm esok adalah birthday MSJ yang ke teeetttt..arini aku plan nak buat coklat lava cake..kononnya nak suprisekan MSJ lah..

Google punya google jumpa lah resepi ni..aku pun terus menyelongkar dapur mencari bahan-bahan untuk buat cake ni..meh nak share resepi sikit..

Bahan-bahan:
1) 5 sudu besar unsalted butter
2) 1 sudu besar serbuk koko yang telah di ayak (hersey's)
3) 3 sudu besar tepung gandum juga telah di ayak (sy pki tepung blue key warna oren)
4) 4 sudu besar gula pasir (gula castor pun bole)
5) 2 biji telur dan 1 biji telung kuning sahaja
6) 1 cawan dark coklat (saya guna brand beryl's gourmet)
7) 1 penutup esen vanilla
8) secubit garam

bila cari-cari bahan, coklat gourmet & esen vanilla dah habis..so tunggu apa lagi..bangun pagi-pagi then terus g kedai bakery untuk cukupkan bahan semua diatas..dan tidak lupa juga untuk membeli kotak..tara~~~

dah jom kita tengok proses membuat coklat lava cake..

Cara membuatnya:
1) Masukkan gula kedalam telur & pukul sampai gula tu hancur..gune whisker pun boleh
2) Campurkan dark coklat dengan unsalted butter kemudian cairkan dengan kaedah double boiler
3) Kemudian, campurkan coklat yang telah dicairkan tadi kedalam adunan telur, kacau hingga sebati menggunakan spatula/ whisker
4) Bila sudah sebati, masukkan esen vanila dan secubit garam. gaul lagi
5) Kemudian masukkan serbuk koko yang telah diayak
6) masukkan juga tepung gandum yang telah diayak,,gaul sehingga sebati..
7) Kemudian masukkan adunan kedalam acuan yang telah digrisskan
8) Simpan sekejap kedalam peti ais selama 30 minit..kalau nak jimatkan masa boleh masukkan kedalam freezer 5 minit je..
9) Sebelum dibakar, sila panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius..masukkan acuan kedalam loyang yang berisi AIR PANAS.. bila oven dah panas masukkan adunan kedalamnya
10) bakar selama 15-18 minit sahaja..jangan lebih2 yer..nanti tak jadi lava ditengahnya pulak..
11) Bila kek dah siap dibakar..keluarkan ia dari loyang dan lekangkan kek td dengan menggunakan pisau


12) Hiaskan kek tadi mengikut citarasa nada..di sebabkan saya buat untuk suprisekan MSJ..saya masukkan kedalam kotak yang telah dibeli tadi


 tara~~~ inilah hasilnya..nampak menyelerakan tak?



No comments:

Copyright© All Rights Reserved diaryoflulubellewany.blogspot.com